Selasa, 16 Julai 2013

Menu Selera RnF

Ikan Patin Masak Tempoyak



BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan patin-dipotong dua dan dibersihkan
  • 50 gram tempoyak
  • 15 tangkai cili padi-ditumbuk
  • 1 gram kunyit hidup
  • 4 cawan air
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
  1. Campurkan tempoyak bersama cili padi,kunyit hidup dan daun kesum ke dalam periuk.
  2. Kemudian,panaskan periuk dan masukkan sedikit air bersama ikan patin yang telah dicuci.
  3. Kacau sebati dan biarkan ia menggelegak.
  4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

KOLEKSI DARI http://cekwo95.blogspot.com


Ketam Masak Lemak Cili Api

bahan2
  • 1 kg ketam- belah 2 dan bersihkan
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1 helai daun kunyit- hiris
  • 1 btg serai- ketuk
  • 2 keping asam keping
  • garam secukupnya
bahan kisar:
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • kunyit hidup
  • halia
  • cili api- kuantiti suka ati
cara:
  1. masukkan bahan2 kisar dlm kuali
  2. buka api- masak hingga pekat
  3. masukkan santan, serai, asam keping, garam dan daun kunyit
  4. sentiasa kacau hingga nampak mendidih
  5. masukkan ketam
  6. kecilkan api dan biarkan mendidih dan ketam masak
  7. (sentiasa kacau agar santan x pecah minyak)
Koleksi dari  http://denuanza.blogspot.com


Daging Masak Kicap

 
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
  • 250gram daging lembu
  • 1/2 cawan kicap manis (kipas udang)
  • garam, gula dan bahan perasa
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 sb cili boh
Cara-cara
  1. potong daging menjadi kepingan kecil, bilas n cuci dulu pastu toskan
  2. ltakkan daging lembu dalam bekas n masukkan kicap manis
  3. panaskan minyak terlebih dahulu, tumiskan bahan y telah diblend dan juga cili boh sehingga naik bau.
  4. masukkan daging, biarkan sehingga empuk kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa
  5. boleh la dihidang

Rendang Ayam Pedas


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam potong kecil
  • 1 bj kelapa ambil santannya 1 mangkuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu minyak utk menumis
  • 1 sudu kerisik
Bahan utk di mesin
  • 2 biji bawang besar
  • 4 bulas bawang putih
  • 1 in halia
  • 1 in lengkuas
  • 1 batang serai
  • 3 sudu cili mesin
Cara membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dimesin hingga garing.
  2. Masukkan ayam dan dibiarkan sebentar.
  3. Masukkan santan dan masak hingga ayam masak dan kuahnya sedikit kering.
  4. Masukkan kerisik dan asam keping dan sesuaikan rasanya

Ikan Masak Merah



Bahan-bahan
  • 5 ekor ikan [terpulang ikan apa]
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
  • sos cili kimball
  • air asam jawa
  • garam
  • gula

Cara membuatnya
  1. Goreng ikan terlebih dahulu.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.
  4. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.
  6. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan.
  7. Sedia dihidang.
Koleksi dari  http://citarasaramai.blogspot.com

Ikan Bakar Sambal


Bahan2:
  • 1 ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa
  • Bawang Besar, dimayang
  • Bawang Merah, dimayang
  • Bawang Putih, diketuk
  • Halia, diketuk
  • Serai, diketuk
  • Lengkuas, dimayang
  • Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
  • Santan
  • Air Asam Jawa
  • Garam & Gula Merah secukup rasa

Cara2:
  1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
  2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan maik minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan gula merah.
  4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
  5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
  6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak. Sesekali lumurkan lagi sambal. And not complete, without Air Asam Jawa.
Air Asam Jawa
  • Ramas segumpal asam jawa dengan air masak. Buangkan biji2 dan kulit asam dan ambil airnya shj.. Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan halus cilipadi. Masukkan semua dlm air asam dan campurkan sedikit gula. Siap… 
Koleksi dari:  http://kondakondi.com/resepi-ikan-bakar-sambal/

Mee Hailam

BAHAN-BAHAN
  • 10 ekor udang-dibuang kepalanya dan dibersihkan
  • 4 ekor sotong -di potong kecil
  • Ayam atau daging-dipotong nipis-nipis
  • Sedikit halia-di hiris
  • 2 ulas bawang putih-di hiris
  • 2 ulas bawang merah-di hiris
  • 2 biji lada merah-dihiris
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit lada putih
  • Kicap pekat
  • 1 kg yee mee atau mee kuning
  • Sedikit fish ball dan fish cake
  • Sedikit tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
  • 1 batang carrot-di hiris bulat
  • Garam dan gula
  • Cendawan butang- direndam dan dihiris
  • Sedikit kobis panjang
  • sedikit cauliflower -di potong
CARA MEMBUAT
  1. Mula-mula tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan lada merah yang telah di hiris.
  2. Masukkan daging. Seeloknya daging yang digunakan itu adalah daging yang lembut.
  3. Masukkan udang dan sotong.
  4. Masukkan air dan sos tiram dan lada putih secukupnya.
  5. Masukkan fish ball dan fish cake. Kemudian masukkan kicap pekat.Apabila sudah mendidih masukkan sayuran diikuti dengan yee mee atau mee kuning.
  6. Selepas itu masukkan sedikit tepung jagung yang telah di kacau dengan sedikit air.
  7. Tambahkan garam dan gula mengikut rasa.